EKSA – Ekosistem Kondusif Sektor Awam, adalah penjenamaan semula sistem pelaksanaan Amalan 5S yang telah ditambah baikan oleh MAMPU bertujuan memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Penjenamaan semula EKSA ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
- memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
- meningkatkan imej korporat;
- menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
- menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
- memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.
Leave a Reply