8 Feb 2017   |     aliasgabriel   |     Company, Vehicle   |    

Perbadanan Aset Keretapi – RAC



Logo Perbadanan Aset Keretapi - RAC

Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation)RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991. Perbadanan ini telah diwartakan dan mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan program pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu – KTM. RAC ditubuhkan untuk mengkorporatkan pentadbiran KTM sebagai sebuah agensi Kerajaan bagi membantu industri perkeretapian Negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara maju.

Tugas dan tanggungjawab RAC adalah:

  1. Meletakkan pengurusan aset, hak dan liabiliti Pentadbiran KTM sebelum 1 Ogos 1992 kepada RAC supaya syarikat pengganti (KTMB) bebas daripada tanggungan hutang dan kos-kos bukan operasi yang membebankan;
  2. Melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur kereta api supaya syarikat pengganti iaitu KTMB dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada operasi dan perkhidmatan kereta api di negara ini; dan
  3. Membiayai pembangunan infrastruktur kereta api yang telah dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti penyewaan, pajakan dan peruntukan Kerajaan.

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.