19 Jan 2017   |     fqemo   |     Government, Malaysia   |     ,

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya



Penubuhan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada peringkat terawal adalah pada 3 Mac 2005 yang dibuat secara pentadbiran bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Pejabat ini seterusnya berpindah ke SK Putrajaya Presint 16(2) pada 8 Disember 2005. Enam orang pegawai pertama (secara pentadbiran) Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah dipinjamkan daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPN Selangor).

Penubuhan rasmi jabatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 15 Disember 2005 dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP). Pejabat ini disetarafkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan diletakkan terus di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Peralihan operasi pengurusan pentadbiran daripada Jabatan Negeri Selangor dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2006 dan pada 1 Januari 2007, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah beroperasi sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang pertama ialah En. Amran bin Maskor yang telah melaporkan diri pada 16 Mac 2006.Manakala Pengarah JPWPP yang kedua pula ialah En. Mohd. Yusop Bin Mohd. Diah.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.