21 Oct 2016   |       |     Government   |    

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan – JKSNS



Logo Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan - JKSNS

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan – JKSNS telah ditubuh berdasarkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan pada 1960, dinamakan Mahkamah Kadi yang ditadbir dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan – JHEAINS. Pada tahun 1986, telah berlaku penyusunan semula Mahkamah dan dinamakan Mahkamah Syariah. Pada tahun 1991, Mahkamah Syariah telah diasingkan dari pengurusan JHEAINS dan mempunyai pentadbiran sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

JKSNS terdiri daripada Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan 7 buah Mahkamah Rendah. Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seremban  terletak di kawasan yang sama di Seremban manakala Mahkamah Rendah yang lain terletak di daerah-daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Jempol, Port Dickson dan Rembau. Pusat pentadbiran JKSNS beroperasi di Mahkamah Tinggi Syariah.

JKSNS bertanggungjawab mengurus perjalanan kes Mal dan kes Jenayah di semua peringkat; Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah berdasarkan bidangkuasa yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan ) 2003.

Download Logo

 









4 Comments

  1. Fauzi Sabri says:

    LOGO INI XSAMA DGN LOGO RASMI. MOHON PIHAK TUAN HUBUNGI SAYA UTK LOGO RASMI.TERIMA KASIH.

    ict jksns

  2. AffandyKhaleed says:

    Tuan Fauzi Sabri! Ini adalah logo versi vector yang pertama setelah lakaran logo yang sebelum ini diluluskan dan diguna pakai bagi kegunaan rasmi jabatan. Bezanya cuma pada outline itu sahaja nipis sedikit dan tuan boleh mengikut kesesuaian design tuan. Utk pengetahuan tuan, saya adalah merupakan pencipta logo yang asal mengikut idea dan kreativi saya dan logo ini telah pun diperkenankan oleh Mantan Dato’ KHS yang dahulu. Sebarang pertanyaan boleh email kepada saya. Terima kasih.

    • admin says:

      terima kasih tuan AffandyKhaleed atas jawapan pihak tuan..

      kami perasan memang biasa berlaku mcm tu khususnya dlm kebanyakan jabatan kerajaan & universiti (IPTA), bila pengurusan baru masuk aje, maka org baru akan komplen logo lama tak betol.. kami pon kdg² dpt komplen dari emel org gov. kata logo mereka tak betol laa, salah laa.. padahal mmg yg lama punya mcm tu, cuma dah di’update’ yg baru aje..

      • apa pon, utk En. Affandy hubungi En. Fauzi Sabri emelnya → mohd_fauzi (at) esyariah.gov.my
      • kalau En. Fauzi terbaca comment ni boleh juga hubungi En. Affandy Khaleed di → affandykhaleed (at) gmail.com

      terima kasih atas kedua² pihak yg prihatin & sedia berkongsi logo 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.