11 Aug 2016   |     shampd   |     School   |     , , ,

LOGO SEKOLAH SAINT JOSEPH (B) JB



SAINT JOSEPH (B) JB

SAINT JOSEPH (B) JB

Pada Tahun 1956, Sekolah Menengah Saint Joseph Persendirian telah di tubuh kan bertempat di jalan Abdul Rahman Andak, Johor bahru bersebelahan dengan gereja katholik melalui Reverend Brother Elzer, pada tahun berikutnya bangunan itu telah di besarkan melalui projek pasar Ria yang telah diadakan dengan sokongan orang-orang kenamaan dan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor yang telah bermurah hati mernghulurkan derma.

Pada tahun 1960, Sekolah Menengah Saint Joseph (B) telah di mulakan. Namun begitu Sekolah Menengah Persendirian yang telah dibina tetap diuruskan dan di teruskan. Dua tahun kemudian bangunan tiga tingkat dan 12 bilik darjah telah siap di bina. Bangunan ini digunakan untuk menampung kesemua murid Sekolah Rendah Saint Joseph. Prestasi yang baik dalam bidang akademik menjadi daya tarikan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah ini. Memandangkan hal ini, berlaku lah masalah kekurangan bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang kian meningkat. Untuk mengatasi masalah ini pada tahun 1965, Rev. Brother Elzear @ Rev. Brother Roberge yang di kenali sebagai “arkitek” St. Joseph bertugas menandatangani kontract memulakan kerja pembinaan dengan mengunakan sebidang tanah seluas lebih kurang 16 ekar di Larkin sebagai tambahan kawasan untuk sekolah-sekolah Saint Joseph iaitu membina bangunan dua tingkat dengan 18 bilik darjah, sebuah blok makmal sains dan sebuah canteen.

Pada tahun 1967 pula, sekolah baru di Larkin telah siap di bina dan Sekolah Saint Joseph Persendirian dipindahkan ke kawasan baru di Larkin, yang tinggal hanyalah 3 buah sekolah iaitu SRJK(C) SRK dan Sekolah menengah Saint Joseph (B) di jalan abdul rahman andak, johore bahru. setiap tahun bilangan pelajar semakin meningkat setiap tahun. Perkembangan yang pesat ini menyebabkan berlakunya keadaan sesak dan kurang selesa dari segi kemudahan fizikal.

http://vectorise.net/forums/downloads.php?do=file&id=1303&act=down&actionhash=1470845733-d28c00686eafc3e5cf8d0b9974045844df159536









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.