29 Nov 2015   |     JrMann   |     Bank   |     , ,

Bank Simpanan Nasional (BSN)



bsn

 

Logo BSN telah diberi nafas baharu untuk mencerminkan peranan dan fungsi kami dalam suasana Malaysia hari ini.  Di samping kekal kepada kemantapan dan kesaksamaan logo yang asal, logo tersebut melalui evolusi yang menampilkan ciri yang lebih mesra, lebih segar dan tampil kontemporari.

Nama Kami

Logo khusus yang direka supaya nampak lebih bergaya dan progresif.  Huruf BSN dikekalkan dalam huruf besar untuk melambangkan keteguhan dan kestabilan.

Pohon Pitis

Simbol pokok duit yang melambangkan pertumbuhan dan kekayaan, dikekalkan tetapi diubah dengan grafik moden. Bilangan duit pada pohon tersebut ditambah dari 13 kepada 14 syiling untuk mewakili kesemua negeri di Malaysia dan wilayah persekutuan. Ini menunjukkan bahawa BSN menawarkan perkhidmatan kewangan di setiap negeri dan wilayah, dan semua rakyat di negara ini mempunyia akses mudah kepada penyelesian yang ditawarkan oleh Bank.

Warna Logo

Warna logo kami juga diubah kepada Teal  segar dan putih, masing-masing melambangkan kebolehpercayaan dan keutuhan.

Tahukah anda….

Simbol “pohon pitis” (pokok duit) yang menjadi tema utama logo adalah adaptasi daripada “pohon pitis” yang diperbuat daripada logam timah  yang mengandungi  13 duit syiling yang dikeluarkan oleh Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan pada 1903 ketika Kelantan adalah negeri Ufti Siam. Pada satu muka duit syiling itu tertulis “THURIBA FI ZUL-HIJJAH SANAT 1321”, iaitu diperbuat pada bulan Zul-hijjah 1903 dan pada muka sebelahnya  “BELANJAAN KERAJAAN KELANTAN”, iaitu mata wang Kerajaan Kelantan.  Duit syiling atau ‘pitis’, dalam dialek Kelantan bermakna duit, adalah satu daripada denominasi dalam edaran di Kelantan sehingga 1920.

donlod-button-palacca







»


No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *