22 Sep 2015   |     kokoaiman   |     Government   |    

SWCorp



Logo SW Corp

SWCorp dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), telah melalui penjenamaan semula sebagai satu proses strategik ke arah pembinaan imej dan kredibilitinya untuk menyuntik semangat masyarakat untuk merealisasikan aspirasi SWCorp untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Proses penjenamaan dapat menyuntik satu semangat dan perubahan terhadap keseluruhan struktur, sistem dan semangat organisasi SWCorp ke arah penterjemahan mutu penyampaian yang unggul, berkualiti, berdaya saing dan bertaraf dunia.

Logo baharu SWCorp dipilih berdasarkan sayap burung egret yang digambarkan sebagai spesis yang sentiasa kelihatan bersih walaupun habitat sebenar burung egret adalah di kawasan yang ditimbuni sampah sarap atau di sawah, bersifat survivor dan mempunyai kerjasama yang erat di antara spesies.

Sayap pertama membawa maksud kehebatan di mana SWCorp berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang hebat dan unggul di peringkat antarabangsa. Sayap kedua bermaksud SWCorp adalah sebuah organiasasi penguatkuasaan yang tegas tapi mesra dan Sayap ketiga bermaksud SWCorp dekat di hati masyarakat.

Jingga : Kekuatan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan SWCorp menjadi organisasi yang hebat demi mencapai matlamat
Hijau : Usaha dan peranan SWCorp dalam memelihara alam sekitar dan persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera.
Biru : Melambangkan pemikiran yang mendalam, melaksanakan perancangan, semangat perpaduan dan kerjasama untuk menuju cita-cita dan
kejayaan.

Melalui proses penjenamaan yang komprehensif, ia dapat menyuntik semangat baharu di kalangan masyarakat untuk menjulang nama baik SWCorp dan Malaysia bagi berkembang menjadi sebuah organisasi yang hebat dalam mencapai aspirasi tertinggi – The True North di peringkat dunia sejagat dan menjadi agensi utama yang menjadi rujukan dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam khususnya berperanan dalam mengubah minda masyarakat di peringkat global. Seterusnya, prinsip dan penegasan SWCorp akan menjadi pemangkin kepada perubahan minda masyarakat dan melakukan perubahan yang signifikan untuk memastikan amalan kebersihan dapat mewujudkan persekitaran yang lestari dan mampan demi generasi masa hadapan.

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.