Kolej Vokasional (KV) Sepang logo
Sekolah ini merupakan sekolah menengah teknik yang ke 91 di seluruh negara. Reka bentuk bangunan sekolah agak unik dan menarik berbanding SMT lain. ’Caretaker’ pada ketika itu ialah Encik Nordin bin Mahmud dan beliau seterusnya di lantik sebagai pengetua pertama.Sekolah Menengah Teknik Sepang mula beroperasi pada 1.1. 2005. Bilangan guru pada ketika itu adalah seramai 29 orang dan staf sokongan seramai 11 orang. Pengambilan murid pertama yang memasuki tingkatan empat ialah pada 20.2.2005 iaitu seramai 345 orang.Mulai tahun 2008 sekolah di terajui pula oleh pengetua yang ke dua iaitu Encik Supian bin Mahmood sehingga sekarang. Pada masa ini sekolah mempunyai bilangan guru dan staf seramai 108 orang dan bilangan pelajar seramai 750 orang.
Bermula pada tahun 2012, SM Teknik Sepang telah ditukar nama kepada SM Vokasional Sepang selaras dengan Program Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional ke arah menaiktaraf SMV kepada Kolej Vokasional (KV) mulai 2013. SMV Sepang dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional dan dinamakan sebagai Kolej Vokasional Sepang mulai tahun 2014.
Download – Kolej Vokasional (KV) Sepang logo
/// DISCLAIMER ///
Pembina T&S, Akhi Joe, Vectorise or any related parties do not hold ownership of the logo design and it is fully owned by individual/the company itself. They are solely uploaded by the tracer to help any person or related parties who has a need to use them for their work. If any portion of any material or information provided is subject to confidentiality, please contact administrator for withdrawal.
Leave a Reply