26 Oct 2014   |     fzikuz   |     School   |    

Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak



Logo SK KPG Jepak, Bintulu, Sarawak

Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak atau SK Kampung Jepak, terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu, Sarawak dengan memiliki sekitar 1018 orang pelajar, iaitu 530 pelajar lelaki dan 488 pelajar perempuan dan mempunyai seramai 52 orang guru pada 2009. SK Kampung Jepak telah dibina pada tahun 1955 di mana nama asalnya ialah “Sekolah Kampung Jepak Primary School”. Ia dibina kerana kerumitan dan kesulitan penduduk kampung yang terpaksa menghantar anak mereka bersekolah ke seberang sungai Batang Kemena iaitu di Sekolah Orang Kaya Mohamad dan SR St. Anthony.

Satu jawatankuasa khas kampung yang dinamakan komuniti sekolah telah ditubuhkan untuk membina sekolah ini secara bergotong-royong, Mereka terdiri daripada ketua kampung dan pemimpin-pemimpin Kampung Jepak serta penduduk daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Jepak, Kampung Sebuan Kecil dan Kampung Sebuan Besar.

Bentuk asal bangunannya adalah berbentuk bangsal dan mempunyai dua bilik darjah dan sesi persekolahan pertama di sekolah ini bermula pada 1 Januari 1966 dengan hanya dua orang tenaga pengajar dan 80 orang murid yang bersekolah di sini. Kemudiannya dibina pula bangunan kedua pada 1962 dan dibina dari papan dan beratap kayu berlian yang didirikan oleh Bintulu District Council. Hanya terdapat empat buah bilik darjah dan kemudiannya bangunan ini dirobohkan pada 13 November 1986 dengan bangunan yang dibina daripada konkrit. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A di kawasan Bintulu.

Download Vector Logo of SK. KPG. Jepak, Bintulu

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.