15 Sep 2014   |     fqemo   |     Government, Malaysia   |    

Majlis Bandaraya Miri



Majlis Bandaraya Miri

Majlis Bandaraya Miri adalah di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan & Pembangunan Komuniti (LGCD) Sarawak merupakan sebuah badan yang menguruskan pembangunan untuk Bandaraya Miri. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Miri ialah seluas 997.43 km persegi. Fungsi Majlis bertambah penting apabila Miri diiktiraf menjadi bandaraya pada 20 Mei 2005.

Tugas Utama Majlis Bandaraya Miri ialah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam dan bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal Bandaraya Miri. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah mengutip sampah, menyediakan lampu jalan, menyediakan sistem pembetungan dan perparitan, perkhidmatan pembayaran cukai rumah, pembayaran bil dan lain-lain di bawah bidang kuasanya.

Hasil daripada usaha yang dilakukan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Miri, Bandaraya Miri telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di peringkat kebangsaan melalui lanskap tamannya yang cantik. Bandaraya Miri juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang datang dari serata dunia dan seterusnya penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bagi sektor pelancongan.

http://www.miricouncil.gov.my/

 

download-button-02









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.