22 Jun 2014   |     paanrev   |     Government   |    

Gerakan Daya Wawasan (GDW)



Logo Gerak Daya Wawasan GDW

Gerakan Daya Wawasan (GDW) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah KKLW, telah diwujudkan sejak bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menerajui negara dan memperkenalkan Wawasan 2020 sebagai merangsang pertumbuhan ekonomi menuju negara maju. Menyedari betapa pentingnya GDW ini dalam pembangunan insan bagi membina komuniti luar bandar yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaan telah memberi nafas baru dan menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan (GDW) bagi mempertegaskan usaha anjakan paradigma dan nilai di kalangan komuniti luar bandar.

Gerakan Daya Wawasan bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan nilai, paradigma, sikap, amalan dan aspirasi di kalangan komuniti luar bandar yang juga selari dengan matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan 2020. Lantaran itu GDW merupakan satu mekanisme penting bagi menyediakan komuniti luar bandar ke arah pencapaian Wawasan 2020 bagi membentuk komuniti luar bandar yang memiliki nilai-nilai proaktif, berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin.

Objektif GDW ialah bagi meningkatkan nilai berdikari di kalangan komuniti luar bandar dengan mengikis mentaliti subsidi, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti, meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar untuk maju dan mampu menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

DOWNLOAD Gerakan Daya Wawasan GDW

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.