15 Apr 2013   |       |     School   |    

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan



Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMK BTS) Kuala Lumpur ditubuhkan pada 4 Januari 1999. Sementara menanti bangunan sendiri siap sepenuhnya, SMK BTS telah menumpang di bangunan SMK Sungai Besi, Kuala Lumur sehingga 6 Jun 1999. Tapak dan bangunan sekolah ini terletak di Bandar Tasik Selatan yang pada asalnya ialah Golf Driving Range. Kemudian diserah milik kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rezab pendidikan. Tapak ini terletak berhampiran dengan Kem Sungai Besi diantara Sungai Besi dan Bandar Tun Razak. Kumpulan pelajar pertama ialah seramai 278 orang sahaja terdiri daripada lelaki dan perempuan berbagai kaum. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2001 jumlah pelajar meningkat kepada 1,800 orang dengan bilangan guru seramai 108 orang dan staff sokongan seramai 15 orang. Sekolah ini mendapat nama sempena lokasinya di kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar SMK BTS datangnya dari kawasan sekitar sekolah ini iaitu dari kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan, Kuatres Anggota Polis Desa Tasik, Kem Sungai Besi, Kawasan Perkampungan Melayu di Sungai Besi.

 

download-button-02









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.