13 Mar 2013   |     fqemo   |     Company   |    

Telaga Biru



Telaga Biru

TELAGA BIRU SDN. BHD. telah ditubuhkan pada tahun 1997. Diasaskan oleh Tuan Hj. Waharp Yusoff yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri muzik dan audio visual. Penubuhannya adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bagi santapan minda dan rohani melalui sumber–sumber berbentuk lisan, audio dan visual yang disampaikan melalui kaset, CD, VCD, buku dan majalah. Usaha ini dibuat agar Muslimin dan Muslimat dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk membentuk fikrah yang murni di samping mendekatkan diri kepada Allah dan rasul-Nya. Produk Telaga Biru diedarkan oleh beberapa pengedar di dalam dan luar negara. Selain Malaysia, produk kami turut mendapat tempat di kebanyakan negara di nusantara seperti Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia selain pasaran yang lebih besar seperti Mesir, Jordan dan United Kingdom. Kami sangat berbesar hati menawarkan peluang perniagaan untuk usahawan-usahawan tempatan yang sedia ada atau yang baru untuk menjadi stockist dan peruncit dari kawasan yang belum diwakili oleh unit-unit pengedaran kami. Jika anda berminat, sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga dan jualan.

 

download-button-02

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.