22 Feb 2013   |     kamilz   |     School   |     , , , ,

Sekolah Izzuddin Shah Ipoh



LogoSIS

Sekolah Izzuddin Shah atau singkatannya SIS ditubuhkan pada tahun 1959. Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 7.29 hektar di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Harimau.

SIS merupakan cetusan idea Menteri Besar Perak yang pertama, iaitu Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi dan telah dinamakan sempena Ke Bawah DYMM Paduka Sultan Perak Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang turut berkenan mencemar duli merasmikan sekolah ini.

SIS menawarkan aliran pengajian agama berasaskan kurikulum Al-Azhar serta kurikulum kebangsaan.

Pada saat-saat awal penubuhannya, SIS telah menerima seramai 80 orang pelajar Melayu dari sekolah-sekolah Melayu di serata Perak, khususnya di Ipoh, untuk belajar di Tingkatan Satu. Kumpulan pelajar yang pertama ini belajar sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada awal 80-an, SIS mula menawarkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan turut membuka kelas Tingkatan Enam kepada pelajar-pelajar perempuan.

http://www.izzuddinipoh.com

DOWNLOAD LOGO AI FORMAT









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.