11 Nov 2012   |       |     University   |     , , , , ,

Kolej Kelima Universiti Putra Malaysia



Kolej Kelima telah ditubuhkan pada 1977. Hari ini, Kolej Kelima berdiri megah sebagai sebuah kolej yang cemerlang dan tersergam indah di kampus UPM. Pembangunan yang pesat telah menjana pembangunan infrastruktur yang lengkap bukan sahaja dari segi kemudahan pembangunan akedemik, malah prasarana yang disediakan khususnya demi pembangunan sahsiah dan aktiviti pelajar.

Kolej Kelima telah dibangunkan kira-kira 35 tahun dahulu dikawasan yang dahulunya merupakan ladang bagi tanaman seperti ubi kayu, betik dan beberapa jenis tanaman tropika yang lain. Sebanyak empat (4) blok telah dibina dan dinamakan Jelawat, Kelah, Baung dan Kalui. Manakala Dewan utama pula dinamakan Dewan Sri Harmoni dan dewan Kolegiatnya dinamakan Dewan Sri Paduka. Kolej Kelima mula beroperasi sebagai kolej kediaman pada 12 Ogos 1977 dengan jumlah penghuni pada awal semester julai 1978/1979. Sesungguhnya Kolej Kelima memerlukan “sesuatu untuk terus melayari arus pendidikan yang semakin mencabar ini”. Justeru itu, bangunan pentadbiran dilaksanakan dengan kerjasama penuntut Diploma tahun satu sesi 1997, serta bantuan daripada beberapa kumpulan ladang (DCP) yang telah berkerjasama dalam usaha pengindahan ini.

 DOWNLOAD

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.