SMK USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama SMK USJ 12, iaitu Pn. Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 pelajar. Kini, mempunyai 2251 pelajar, serta 59 kelas. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang serta Blok Dinamik. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya. Pada hari ini, mempunyai 116 guru-guru dan 9 staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas-tugas mereka yang tertentu. Setiap orang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah ini.
CLICK HERE TO DOWNLOAD THIS LOGO


Leave a Reply