29 Mar 2012   |     fqemo   |     Government   |    

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang



Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) diawal penubuhannya beroperasi di SMK Hutching dan Pendaftar Pelajaran pertama adalah Arnold Holliday (1960-1962). JPN Pulau Pinang kemudiannya berpindah ke Tingkat 3 dan 4 Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, Pulau Pinang.

Pada tahun 1998, projek pembinaan bangunan sendiri JPN Pulau Pinang dimulakan. Pada Disember 2004, JPN Pulau Pinang berpindah ke bangunan sendiri empat tingkat yang terletak indah di Jalan Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang.

Pada tahun 2009, ekoran perubahan struktur pentadbiran JPN Pulau Pinang yang melibatkan pertambahan bilangan pegawai dan staf sokongan, sebahagian unit-unit daripada Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Sektor Pendidikan Islam telah berpindah ke bangunan MARA di Pengkalan Weld, Pulau Pinang.

Pada tahun 2009, satu lagi blok tambahan telah mula dibina dan dijangka siap pada tahun 2011. Apabila siapnya blok tambahan ini, ianya akan memberi keselesaan kepada semua warga JPN Pulau Pinang di dalam menjalankan tugas untuk kecemerlangan Pendidikan Pulau Pinang.

 

CLICK HERE TO DOWNLOAD THIS LOGO

 







«


No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.