Lembaga Pelabuhan Johor merupakan sebuah badan kawalselia yang mengawalselia operasi di Pelabuhan Pasir Gudang dan operasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah. Sebagai badan kawalselia. Lembaga Pelabuhan Johor bertanggungjawab dalam Operasi yang dijalankan di dalam pelabuhan-pelabuhan tersebut. Mengawal tariff pelabuhan yang dikenakan oleh operator-operator pelabuhan kepada semua pengguna pelabuhan. Mengawal pembangunan pelabuhan dan hal ehwal hartanah dengan memastikan operator-operator pelabuhan menjalankan pembangunan pelabuhan mengikut Pelan Induk Pelabuhan dan Dasar Pembangunan Negara. Menetapkan standard prestasi pelabuhan dengan memastikan operator pelabuhan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang efisien dan efektif mengikut Piawaian Antarabangsa. Menjaga keselamatan di had perairan Johor terutamanya daripada ancaman lanun, penyeludupan dan sebagainya. Permudahcara perdagangan ialah mengadakan promosi bagi pihak operator-operator pelabuhan dengan menyertai pameran dan lawatan-lawatan perdagangan.
CLICK HERE TO DOWNLOAD THIS FILE


Leave a Reply