29 Oct 2011   |     Emon   |     Brand, Product   |    

Gas Petronas



LPG merupakan singkatan untuk ‘Liquefied Petroleum Gas’ yang dihasilkan daripada gas hidrokarbon yang terdiri daripada Propana (C3H8) dan Butana (C4H10). Di dalam keadaan suhu dan tekanan yang asal, LPG berada di dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses pemyimpanan dan juga pengangkutan, ianya telah diubahsuai menjadi cecair melalui proses pemampatan ataupun penyejukan. LPG pada asalnya tidak mempunyai warna dan bau. Walaubagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, sejenis bau telah ditambahkan kepada LPG bagi memudahkan kita mengenalpasti sekiranya terjadi sebarang kebocoran gas.

Ianya digunakan secara meluas di rumah-rumah bagi tujuan pemanasan contohnya di ketuhar, dapur masak dan juga pemanas air. Ianya juga digunakan di dalam industri besi dan keluli, industri aerosol, pembuatan kaca dan seramik, dan pembuatan tiub kuprum dan kabel.

PDB memasarkan LPG di bawah jenama “Gas PETRONAS”. Ia didatangkan dengan tiga saiz silinder yang sesuai untuk kedua-dua kegunaan domestik dan juga industri kecil & sederhana (SMI). Silinder ini terdapat dalam tiga jenis saiz iaitu 12, 14 dan 50 kg. Silinder 12 dan 50kg diwarnakan dengan warna korporat PETRONAS iaitu hijau, manakala bagi silinder 14kg, ianya dicat dengan warna merah di bahagian atas bagi membezakannya dengan silinder yang bersaiz 12kg.

More Info of Gas Petronas

CLICK HERE TO DOWNLOAD THIS LOGO









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.