Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Parit Buntar merupakan sebuah Sekolah Menengah harian biasa. Sekolah ini terletak di hujung kawasan perumahan Taman Pekan Baru, kira-kira 1.5 km dari Pusat Bandar. Encik Abdul Kadir Jalani b. Mohamad merupakan pengetua pertama SMK Pekan Baru. Beliau mula berkhidmat pada 1 Disember 2000, seramai 10 orang guru, 6 orang staff sokongan dan 4 orang staf sokongan. SMK Pekan Baru mempunyai 4 buah blok utama, iaitu A, B, C dan D. Terdapat juga sebuah blok kantin dan blok Bengkel Pertanian. Blok-blok utama merupakan bangunan empat tingkat yang terdiri daripada 33 buah bilik darjah dan 34 buah bilik khas. Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer telah dibina. Pada akhir tahun 2003, sebuah bengkel MPV telah dibina untuk pelajar Tingkatan 4 bagi memenuhi keperluan subjek tersebut.
CLICK HERE TO DOWNLOAD THIS LOGO


Leave a Reply