14 Jun 2011   |       |     Food, Organisation, Society   |    

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)



Muslim Consumers Association of Malaysia

VISI

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.

PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif  di dalam kehidupan ummah.

OBJEKTIF

  1. Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap memperjuangkan hak kepenggunaan Islam;
  2. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam kepenggunaan;
  3. Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomiMalaysia amnya;
  4. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif;
  5. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara positif.

Website: www.muslimconsumer.org.my

Free of The Week
Loading Preview...








3 Comments

  1. Mohd khairunashrul bin md khairuddin says:

    Sangat menarik sekali,says Akan terus menyokong anda .

  2. Emilda says:

    Salam,

    Saya adalah seorang bekas pensyarah dan bekas mahasiswa PhD, ingin memohon bantuan khidmat nasihat tuan berkenaan hal bayaran ‘breach of contract’ kepada pihak bekas majikan UIA.

    Program PhD dan kerjaya saya di UIA terpaksa dihentikan atas sebab-sebab peribadi dan pengaruh pihak tertentu yang tidak dapat dielakkan. Setelah sekian lama dan beberapa kali surat rayuan dikemukakan namun tetap pihak UIA enggan memberi kerjasama sepatutnya dan saya diminta untuk bayar semua jumlah gaji, EPF, TAX dan bayaran yuran PuD dan sebagainya berjumlah lebih kurang RM234ribu dalam masa terdekat. Sedangkan proses mendapatkan surat balasan dari pihak UIA mengambil masa setahun.

    Sekiranya email ini dibaca dan mendapat perhatian tuan, saya ingin membuat temu janji untuk penjelasan lebih lanjut agar dapat pandangan yang lebih bernas.

    Sekian terima kasih

    Wasalam,

    Pn Emilda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.