Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun terletak di Cheras, Selangor, telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989. Di awal penubuhan, SMK Perimbun menumpang di SMK SAAS, Kajang selama dua tahun. Seterusnya pada 1 Disember 1990, pelajar-pelajar ditumpangkan di SRK Taman Cuepacs selama empat bulan, sebelum dipindahkan ke bangunan tetap yang berdiri megah sekarang ini. SMK Perimbun menyediakan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam (bawah & atas).
Leave a Reply