25 May 2011   |     fqemo   |     School   |    

SMK Sulaiman Bentong Pahang



Sekolah ini dibuka pada tahun 1912 dengan nama Anglo-Chinese School hasil daripada kesedaran, dan daya usaha beberapa pemimpin masyarakat Cina tempatan. Daerah Bentong yang sebilangan penduduknya terdiri daripada kaun Cina telah menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran Inggeris dan bertujuan memulakan pendidikan Bahasa Inggeris untuk anak-anak tempatan. Mendiang Loke Yew, seorang pelombong yang kaya raya telah mendermakan sebuah bangunan untuk anak-anak masyarakat Cina bersekolah manakala orang-orang Cina yang lain telah memberikan sokongan wang ringgit. Jawatankuasa Lembaga Pengelola yang terdiri daripada Pegawai Daerah sebagai Pengerusi dan enam orang Cina telah ditubuhkan. Maka, muncullah Anglo-Chinese School pada tahun 1912 di Bentong.

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.