21 Apr 2011   |     fqemo   |     University   |    

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)



Kewujudan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) adalah titik tolak ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan idea penubuhannya. Bermula bagi menampung keperluan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran. Pengambilan pertama seramai 67 pelajar sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 16 November 2000. Tahun 2006 merupakan tahun kesepuluh penubuhan KIPSAS, dan sudah lebih sedekad kolej ini telah memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di negeri Pahang dan mengeluarkan sumber modal insan yang berkualiti dan bertepatan dengan aspirasi pasaran kerjaya.

 









3 Comments

  1. Fadzrulhisyam says:

    Ejaan “Kolej” (كوليج) salah sebab huruf ‘ya’ tak ada, ‘jim’ tak bersambung dengan ‘ya’ yang bersambung dengan huruf ‘lam’. Mengikut sumber http://www.kipsas.edu.my/logo.asp, jenis font pun salah. Jenis font yang sebenar adalah ‘Nasakh-2’ yang boleh didapati dari http://www.doktorjawi.com/muat_turun_font_jawi.htm. Untuk tulisan jawi pada header (rujuk laman web KIPSAS), jenis tulisan pula jenis ‘Andalus’.

    • fqemo says:

      Harap maaf dengan kesilapan berikut.. Kesilapan ini bukanlah disengajakan. Segala pembetulan akan dibuat secepat mungkin.. Terima kasih kerana memberi teguran

  2. Fana says:

    Logo terbaru KUIPSAS yang terbaru x de ke? puas saya cari kat internet tp x de..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *