5 Feb 2011   |     fqemo   |     Government   |    

Majlis Daerah Maran



Majlis Daerah Maran ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 502 bertarikh23hb. Jun 1988. Penubuhan Majlis Daerah Maran adalah merupakan percantuman dua pihak Penguasa Tempatan sediada ketika itu iaitu Lembaga Bandaran Kecil Maran dan Majlis Tempatan Chenor. Ini termasuklah beberapa pekan-pekan kecil iaitu Bandar Jengka, Simpang Tajau, Simpang Awah, Pekan Sungai Jerik dan Pekan Sri Jaya. Majlis Daerah Maran, sejajar dengan pertambahan penduduk, permintaan kemudahan awam, kemajuan teknologi dan peningkatan taraf perkhidmatan berusaha ke arah meningkatkan prestasi perkhidmatan dan pembangunan terhadap kawasan tadbirannya. Disamping itu juga, terdapat pertambahan pembinaan bangunan-bangunan kedai, gerai, dewan, masjid, padang permainan, kawasan rekreasi dan sebaginya. Ini termasuklah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, satu keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat ke 58 pada 24hb. November 1993 bahawa pentadbiran, pengurusan dan perkhidmatan Perbandaran Bandar Pusat Jengka (sekarang Bandar Jengka) diambil alih oleh LKWJ daripada Majlis Daerah Maran selama tempoh 5 tahun mulai 1hb.Januari 1994 sehingga 31hb.Disember 1998. Pada masa itu, Majlis Daerah Maran ditadbir oleh pecahan 6 unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Perancang Bandar, Unit Teknikal, Unit Penilaian dan Taksiran serta Unit Pelesenan, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Bandar.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.