1 Feb 2011   |     fqemo   |     Uncategorized   |    

Pelitawanis TNB



Pelitawanis LLN yang ditubuhkan pada 15 Februari 1976 dan didaftarkan pada 1 Jun 1978 sekarang dikenali sebagai PELITAWANIS TNB mulai 15 Ogos 1998 di dalam Perlembagaan baru. Pengasas pertubuhan ini ialah Y. Bhg. Puan Sri Datin Zaidah Bt. Dato’ Abu Bakar.

Aktiviti pertama yang mendapat sambutan yang hangat ialah penubuhan sebuah Tadika, khas untuk anak-anak anggota kerja dan golongan rendah diikuti dengan penubuhan sebuah perpustakaan.

Sehingga 30 Julai 1978 cawangan-cawangan Kota Bharu, Alor Setar, Kuantan, Johor Bahru, Stesen Janaelektrik Perai, Pulau Pinang, Kluang, Muar, lpoh dan Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Johor Bahru telah ditubuhkan.

Tujuan utama menubuhkan PELITAWANIS TNB ialah untuk mengeratkan tali persahabatan di antara isteri dan anggota kerja wanita dari semua peringkat di dalam TNB. la tidak terhad kepada pejabat di Kuala Lumpur sahaja bahkan penubuhan PELITAWANIS TNB di pejabat-pejabat TNB seluruh Semenanjung digalakkan.

Di dalam salah satu ucapan Y. Bhg. Tan Sri Dato Abu Zarim bin Haji Omar, Pengurus Besar LLN pada ketika itu, pernah menyuarakan cita-cita beliau agar Pelita yang menyala tidak akan padam bahkan terus menyala menerangi cahaya ke seluruh negara. Cita-cita beliau kini telah tercapai dengan penubuhan 53 cawangan di seluruh Semenanjung dan bilangan ahli lebih kurang 8,000 orang.

 

download-button-02









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.