23 Jan 2011   |       |     Government, Organisation   |    

TRK – Tribunal Rayuan Kastam



TRK telah ditubuhkan menurut pindaan yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235], Akta Eksais 1976 [Akta 176], Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] berkuat kuasa mulai 1 Jun 2007

Bajet 2007 telah memperkenalkan penubuhan Tribunal Rayuan Kastam bagi meningkatkan kelicinan dan keberkesanan perlaksanaan pentadbiran sistem rayuan percukaian supaya ianya lebih mesra perniagaan dan pelanggan. Tribunal telah ditubuhkan menurut pindaan yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235], Akta Eksais 1976 [Akta 176], Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] berkuat kuasa mulai 1 Jun 2007. Peraturan-Peraturan Kastam (Tribunal Rayuan) 2007 (P.U.(A)210/2007) juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Sebelum penubuhan Tribunal ini, mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam, yang kebanyakannya berkaitan penjenisan dan penilaian barangan dan perkhidmatan bercukai, perlu merayu kepada Menteri Kewangan. Dengan penubuhan Tribunal ini, semua rayuan terhadap keputusan Ketua Pengarah Kastam (kecuali perkara-perkara berkaitan dengan kompaun dan barang rampasan) hendaklah dibuat kepada Tribunal.

Tribunal ini adalah sebuah badan bebas kehakiman dan keputusannya disifatkan sebagai keputusan Mahkamah Sesyen dan boleh dikuatkuasakan sewajarnya. Keputusan Tribunal adalah muktamad dan mengikat semua pihak.

Click to Download









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.