SMSS telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Pada masa itu bangunan sekolah ini yang bertempat di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak belum lagi siap dibina. Justeru, pelajar-pelajar sekolah ini ditempatkan di beberapa sekolah di Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk sementara waktu di bawah seorang penyelia, En. Saad bin Md. Yasin.
Sebagai permulaan, empat buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan seramai 120 orang ini telah ditempatkan di Sekolah Alam Shah. Mereka dibahagikan kepada dua aliran iaitu 2 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 2 kelas aliran Bahasa Inggeris. Sebuah sekolah berasrama penuh yang terunggul di Malaysia dengan purata 99% pelajarnya mendapat pangkat 1 dalam SPM setiap tahun.
visit www.smssonline.page.tl for more info.
Note : Author is an old boy of this great school


Leave a Reply