“Kuasa Pengguna” ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.
Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :
• Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan
More info www.smartconsumer.my


Leave a Reply