8 Jan 2011   |     fqemo   |     School   |    

Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah



Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah yang terletak berhampiran dengan bandar raya Alor Setar dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Derga telah didirikan pada tahun 1915. Idea pembukaan Sekolah Melayu Derga ini datangnya daripada Pesuruhjaya Pelajaran Kedah yang berbangsa Inggeris pada ketika itu iaitu Tuan E.A.G. Stuart bersama-sama dengan dua orang guru pelawatnya iaitu Encik Ahmad Mohd. Saman dan Tuan Haji Abdul Hamid al-Hindi. Pada awal penubuhannya semasa di bawah pentadbiran guru besar, Cikgu Md. Noor Mat serta guru penolongnya, Cikgu Hashim Sharif hanya dua orang guru telah ditugaskan untuk mengajar lebih kurang 80 orang murid yang terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja yang berusia dalam lingkungan lapan hingga sebelas tahun.

Download Vector Logo of Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.