
Logo Arkib Negara Malaysia – ANM, (National Archive of Malaysia) juga disebut sebagai Arkib Negara.
VISI ARKIB NEGARA MALAYSIA
Menjadi Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara yang unggul.
MISI JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
Memastikan rekod negara yang bernilai kekal dipelihara, menyediakan perkhidmatan rujukan dan kemudahan penyelidikan yang terbaik serta memasyarakatkan bahan arkib dan sejarah.
OBJEKTIF JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
- Meningkatkan kecekapan pengurusan rekod kerajaan melalui khidmat nasihat dan penguatkuasaan Akta Arkib Negara 2003.
- Meningkatkan kesedaran penjawat awam untuk memelihara rekod kerajaan yang bernilai sebagai memori institusi.
- Memperolehi koleksi bahan arkib dari sumber tidak rasmi melalui hadiah, sumbangan, derma, pembelian dan sebagainya.
- Memelihara bahan arkib sebagai warisan negara mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
- Menggalakkan penggunaan bahan arkib sebagai sumber rujukan dan penyelidikan melalui kemudahan capaian.
- Mempertingkatkan kesedaran dan penghayatan sejarah negara melalui penggunaan bahan arkib.
- Memperluaskan penyebaran dan penggunaan bahan arkib melalui penggunaan teknologi terkini, pameran, penerbitan dan sebagainya.
- Meningkatkan jumlah pelawat ke Arkib Negara dan Memorial melalui program dan aktiviti yang terancang.
download link updated Jan 2019

Leave a Reply