Seni Silat Kalam adalah wadah warisan seni mempertahankan diri yang salahsilahnya telah menjangkau beberapa abad lamanya hingga kini. Berasal dari Timur Tengah yang telah dibawa oleh Syeikh Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Syeikh Tajrid ke negara kita Malaysia dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid pertamanya iaitu Sultan Mudzafar Syah yang juga di kenali sebagai Merong Mahawangsa 111.
Perkembangan selanjutnya Sultan Mudzafar Syah telah menurunkan ilmu Seni Silat Kalam kepada anak cucunya. Sehinggalah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin telah mengajar dan menurunkan Ijazah kepada Panglima Tok Ismail. Panglima Tok Ismail menurunkan ilmu tersebut kepada Panglima Tok Ali. Panglima Tok Ali menurunkannya kepada Panglima Tok Hadi, Penglima Tok Hadi menurunkannya kepada Panglima Tok Rasyid dan Panglima Tok Rasyid menurunkannya kepada Pak Guru Yahya Said dan seterusnya Pak Guru Yahya Said menurunkannya kepada Cikgu zahalan bin Man (Pengasas PIKUM).
Sebelum Pak Guru Yahya Said wafat, beliau sempat meninggalkan pesan (wasiat) kepada Cikgu Zahalan bin Man agar menyampaikan (menyebar luaskan) ajaran Seni Silat Kalam yang asal, iaitu yang bertunggakkan agama Islam, Amalan hidup orang Islam, Pegangan hidup orang Islam, Tujuan hidup orang Islam.
Download Vector Logo of PERTUBUHAN SENI SILAT IKATAN KALAM UTAMA MALAYSIA (PIKUM)
submitted by palacca
bagus2.. aku tau ko mesti ade punye.. pic profile kat FB siap berpedang..
ooo k… kira ko test awk laaa nii..
mane ade test.. aku malas nak trace sebab tak nmpak tulisan yg kat dalam tu..
ok..ok… no hal.. peace ///