Sekolah Menengah ini mula dibuka pada 3 Januari 1983 dengan Pengetuanya yang pertama ialah Encik Khusairi bin Omar. Pada tahun pertama pembukaannya, hanya pelajar tingkatan satu sahaja yang belajar di sekolah ini. Mereka merupakan anak peneroka Rancangan Felda Trolak Utara, Trolak Selatan dan Trolak Timur.
VISI
KE ARAH MENJADIKAN SMK TROLAK (SEMETRO) CEMERLANG DAN GEMILANG MENJELANG 2010
MISI
Ke arah merealisasikan WAWASAN SEMETRO
kami warganya akan :
Memastikan semua elemen pengurusan organisasi dan kepimpinan sekolah dilaksanakan mengikut piawai yang standard dan sentiasa cemerlang
Memastikan pengurusan kurikulum dan pencapaian akademik di tahap cemerlang
Memastikan pengurusan ehwal murid seterusnya mengekalkan sahsiah cemerlang
Mempertingkat pengurusan kokurikulum ke arah yang cemerlang dan ‘WE ARE THE CHAMPION’
Mewujudkan bilik darjah, bilik khas dan persekitaran sekolah bersih, teratur, ceria dan cemerlang
Mengamalkan budaya kerja berkualiti dan cemerlang
Membina perpaduan yang akrab antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan agensi luar.
More info www.mysemetro.net


Leave a Reply