20 May 2010   |     fqemo   |     Food   |    

Nutree Herb



Rangkaian produk terpilih Nutreeherb adalah berasaskan sumber herba semulajadi hasil daripada kajian saintifik dan diproses secara bio-teknologi. Produk Nutreeherb dikeluarkan oleh kilang yang mendapat taraf Amalan Pengilangan yang Baik atau GMP (Good Manufacturing Practice) dan diperakui selamat dan bersih oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Hanya sumber semulajadi yang telah dikenalpasti dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi berpotensi merawat dan mencegah pelbagai penyakit . Digunakan untuk penghasilan produk yang berkualiti. Produk Nutreherb telah terbukti bebas dari bahan kimia dan tiada kesan sampingan. Produk-produk kami diproses secara bersih dan menggunakan teknologi saintifik tanpa menjejaskan keberkesanan bahan aktif dan bebas dari bahan toksik.

Untuk memelihara kualiti standard Nutreeherb, produk-produk kami terlebih dahulu melalui proses saringan yang ketat oleh panel penyelidik tempatan sebelum ianya dipasarkan kepada pengguna.

Nutreeherb amat prihatin terhadap kehendak pengguna Islam oleh itu kami hanya memasarkan produk-produk kesihatan yang diperakui HALAL oleh JAKIM.

Komitmen kami – untuk memastikan anda memperolehi sepenuh khasiat dan menikmati keberkesanan nya. Kami memberi jaminan produk Nutreeherb dapat membantu mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tahap kesihatan anda. Ramai yang telah merasai keberkesanan Produk Nutreeherb setelah mengamalkannya. Anda akan merasai tahap kesihatan yang lebih baik, kekal ceria dan bertenaga sepanjang hari.

Download Vectorism of   NutreeHerb

More information at www.nutreeherb.com
submitted by fqemo









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.