Logo Kempen Pembudayaan Norma Baharu ini telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Sukan Pagoh, Johor.
Logo ini membawa maksud rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berlainan agama yang bersatu hati dalam mencegah penyebaran wabak COVID-19.
Logo ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berganding bahu bagi bersama-sama menghapuskan wabak yang sedang melanda negara kini.
PAGOH, 8 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) bersama tetamu kehormat di atas pentas dengan berlatar belakangkan logo dan tagline sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu pada pelancaraan kempen tersebut di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini.
Turut hadir Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan), Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (kanan), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (dua, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (kiri) dan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad (tiga, kiri).
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
Leave a Reply