Ditubuhkan pada Januari 1943. Tempat asal di tanah wakaf Masjid Kampung Sungai Manggis. Ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ibrahim b Mohd Akim (Ketua Kampung Sungai Manggis). Pada tahun 1945 pentadbiran sekolah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai pengelolanya. 1959 sebahagian bangunan diruntuhkan kerana projek pembesaran Masjid Kampung Sungai Manggis. Bangunan baru dibina di sebelah masjid berkenaan. Pada 4 Januari 1960 sekolah ini dinaiktaraf menjadi Sekolah Agama Menengah Khas. Pada 3 Januari 1976 sebuah bangunan baru dibina dan dikenali dengan nama Sekolah Arab Menengah Rendah Sungai Manggis.
Leave a Reply