3 Jan 2011   |     fqemo   |     University   |    

Akademi Seni Budaya dan Warisan ASWARA new



Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ialah sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, budaya dan warisan di Malaysia. Ia ditubuhkan sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) pada tahun 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Namanya ditukar kepada nama kini bermula pada 1 Ogos 2006 melalui Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di samping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan penghibur yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA berusaha mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Download Vector Logo of  Akademi Seni Budaya dan Warisan ASWARA new









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.