30 Nov 2010   |     fqemo   |     Company   |    

Karangkraf



Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Hussamuddin bin Hj. Yaacub pada 1978. Majalah pertama yang diterbitkan merupakan majalah Mingguan Kanak-kanak. Berikutan dengan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, ini kemudiannya dikuti oleh tabloid mingguan Bacaria, Watan, Media Hiburan, Remaja, dan Nona.

Pasaran dalan bahan bacaan bahasa Melayu yang menggalakkan mendorong kepada peningkatan judul yang diperkenalkan oleh kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang ketika itu terletak di Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Penchala, Petaling Jaya. Pada penghujung 2002 syarikat kumpulan Karangkraf Sdn Bhd telah berpindah ke kompleks barunya di Shah Alam yang dikenali sebagai kompleks Karangkraf. Bangunan berwarna ungu ini terletak di atas tapak seluas 12.5 ekar menempatkan kesemua operasi Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di bawah satu bumbung.

Sehingga 2008, kumpulan Karangkraf Sdn Bhd telah menerbitkan sejumlah 29 judul terbitan cetak. Pada 2010, Karangkraf mempunyai lebih 1,400 orang pekerja di seluruh Malaysia.

Download Vector Logo of   Karangkraf

submitted by fqemo









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.