20 Jul 2010   |     fqemo   |     Government   |    

Yayasan Pelajaran Mara



Yayasan Pelajaran MARA ialah suatu perbadanan yang telah ditubuhkan dibawah seksyen 25, Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dan, dinamakan Perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969, dan disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada 1 haribulan November, 1968.

Menurut Peraturan-Peraturan Yayasan Pelajaran MARA yang diwartakan pada 1 Mei 1969, maksud dan tujuan penubuhan YPM adalah:

  1. untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan bagi Bumiputera;
  2. untuk menggalakan pelajaran dan latihan Bumiputera; dan
  3. untuk menubuhkan dan mengadakan biasiswa, pemberian dan lain-lain bantuan wang kepada Bumiputera bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

submitted by fqemo









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.