2 Feb 2019   |     kuimran   |     School   |     , , ,

SMK Undang Rembau



SMK UNDANG REMBAU

Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, N. Sembilan atau nama ringkasnya SMK Undang Rembau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Hampar.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1951, dikenali sebagai Undang Rembau English Secondary School (URESS). Ia merupakan sekolah aliran Inggeris tetapi mulai tahun 1980 menjadi sekolah kebangsaan dengan terlaksananya Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sekolah ini telah didirikan di kawasan tanah seluas 18 ekar dan kira-kira setengah kilometer dari Pekan Rembau dan merupakan sekolah menengah pertama didirikan di daerah Rembau. Sekolah ini diwujudkan atas kesedaran masyarakat setempat dan pihak pentadbiran daerah ADO iaitu Tuanku Jaafar dan District Officer, Che Mat.

Pada awal penubuhannya, pengambilan pelajar terdiri daripada pelajar di Bangunan Umno, pelajar Sekolah Melayu yang tamat darjah IV dan pelajar baru masuk ke sekolah. Manakala, kelas-kelasnya terdiri daripada Primary 1, Special Malay Class dan Standard 3, 4 dan 5. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Datuk Undang Haji Ipap dan Director of Education V.M Ris pada 1951. Tenaga pengajar ketika itu terdiri daripada guru-guru Latihan Normal 1,2 orang guru lepasan Kirby dan seorang Lulusan Raffles College.

DOWNLOAD

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.