18 Aug 2018   |     JrMann   |     Organisation   |     ,

Terengganu Maju Berkat Sejahtera



Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan adalah bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.

Di sebalik PITAS 2030 yang berfalsafah untuk membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, logo Terengganu Maju Berkat Sejahtera dicipta bagi memberi mesej yang menggambarkan keseluruhan sasaran pembangunan itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Ucap Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, pada Selasa lalu menerangkan mesej sebalik logo berkenaan, iaitu warna hitam putih digunakan sebagai simbolik warna rasmi Negeri Terengganu, manakala hijau pula melambangkan warna universal untuk Islam.

“Bangunan pula melambang kemajuan duniawi, masjid adalah lambang pembangunan modal insan, pokok pula menunjukkan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai. Malah kita mempunyai pantai terpanjang di Malaysia dan keunikan tersendiri. Manakala corak batik melambangkan seni warisan negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Terengganu.

Hitam Putih : Warna Negeri Terengganu
Hijau : Warna Universal Untuk Islam
Bangunan : Lambang Kemajuan Duniawi
Masjid : Lambang Pembangunan Modal Insan
Pokok : Menunjukkan Negeri Terengganu sebagai Negeri Pesisir Pantai
Corak Batik : Melambangkan Seni Warisan Negeri Terengganu
Bulan dan Bintang : Melambangkan Bendera Negeri Terengganu
Bentuk Logo Yang Bulat : Simbolik Kepada Permuafakatan, Persefahaman dan Kerjasama di Antara Kita Dalam Menggerakkan Agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.