27 Sep 2017   |     sirajyaacob   |     Government, Hospital   |     ,

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang – JKN Pahang



Logo Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - JKN

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang – JKN Pahang adalah sebuah agensi Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM. Sebelum ini JKN dikenali sebagai Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri sebelum ditukar dengan rasminya kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang – JKN Pahang pada tahun 1996. JKN Pahang ditubuhkan bagi pengurusan program kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.

JKN Pahang terdiri dari beberapah bahagian iaitu;

  • Bahagian Kesihatan Awam
  • Bahagian Perubatan
  • Bahagian Pergigian
  • Bahagian Farmasi
  • Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
  • Bahagian Pengurusan

JKN Pahang juga adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan fasiliti-fasiliti kesihatan:

  • Hospital
  • Pejabat Kesihatan Daerah
  • Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah
  • Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan
  • Klinik Kesihatan
  • Klinik 1 Malaysia
  • Klinik Desa

 

Download Logo

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.