3 Apr 2011   |     fqemo   |     Politic   |    

Parti Cinta Malaysia



Parti Cinta Malaysia (PCM) atau Love Malaysia Party telah ditubuhkan pada 6 Ogos 2009, dengan pejabat berdaftarnya berpengkalan di Bukit Mertajam, Perai, Pulau Pinang. PCM yang mempunyai nama parti politik yang paling pelik dalam sejarah politik Malaysia dan kadar pendaftarannya yang diluluskan dengan segera dan pantas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dipercayai adalah kerana parti baru ini mempunyai pendokong dan hubungan yang berpengaruh di dalam peringkat tinggi kerajaan Barisan Nasional (BN). PCM dikatakan sebuah parti pelbagai kaum yang mesra-BN ditubuhkan sebagai ruang alternatif bagi ahli-ahli politik pro-BN tetapi tidak berpuas hati dengan parti-parti masing-masing seperti Chua Soi Lek dari Persatuan Cina Malaysia (MCA), Tiong King Sing dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Huan Cheng Guan dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) ketika itu. Presiden pertama PCM, Tang Weng Chew, 38, seorang peniaga Pulau Pinang yang tidak dikenali umum, mengatakan parti adalah berkecuali dan bukan diasaskan oleh anggota MCA atau BN yang terpinggir.









1 Comment

  1. admin says:

    wow very detail info huhu.. (baru ku tau ada parti ni..)

    p/s: saya pon cinta malaysia.. dan cinta semua rakyat m’sia yg dtg sini.. hehe

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.