Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong .
Sebagai badan pembuat dasar, MAIM merupakan badan induk kepada semua agensi dan institusi Islam di Negeri Melaka. Selaras dengan itu beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan bagi melaksanakan segala keputusan yang telah dibuat oleh MAIM seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM.
MAIM Holding Berhad ditubuhkan pada tahun 1995 bertujuan untuk menguruskan projek pembangunan dan perniagaan di Negeri Melaka . Tahun 2001 Pusat Zakat telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik MAIM sepenuhnya yang mengurus dan mengutip zakat di Negeri Melaka
Download Vector Logo of Majlis Agama Islam Melaak MAIM
submitted by fqemo


Leave a Reply