
SK Gombak Utara mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Pada suatu masa dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Laki-laki Ulu Gombak. Ia merupakan sekolah yang tertua dibina oleh kerajaan di negeri Selangor pada awal tahun 1903. Bangunan yang dibina adalah bangunan papan dan batu, atapnya pula ialah atap genting. Bangunan sekolah ini terletak di Batu 7, Gombak jalan ke Bentong, Pahang.
Blogs Rasmi Sekolah


SK(1) Taman Selayang telah siap dibina pada bulan Disember 1983. Tapak sekolah adalah bekas lombong bijih timah. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai SRK Selayang Baru 2. Kemudian ditukar kepada SRK Taman Selayang. Mulai sesi persekolahan 1993/94 ini SRK(1) Taman Selayang telah dijadikan SK(1) Taman Selayang.
Maksud Logo.
Hijau
Melambangkan perpaduan, kerjasama dan kerajinan demi mencapai wawasan pendidikan.
Merah
Melambangkan keberanian dan kerajinan dan semangat kental mendidik anak bangsa.
Kuning
Kepatuhan kepada raja dan pemimpin. Melambangkan sentiasa bersedia ke arah kecemerlangan, sentiasa berdoa untuk kegemilangan demi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Elemen Buku
Mencerminkan ilmu pengetahuan.
Nombor 1
Sentiasa menuju kearah kecemerlangan.
Official Website


Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu
Jalan 29, Selayang Bharu
Selangor, Malaysia
Tel : +603-6138 6340
Fax : +603-6138 7109
