16 Feb 2017
Via: azharzaki
Cat: Campaign, Government
Tag:

EKSA – Ekosistem Kondusif Sektor Awam

EKSA

EKSA – Ekosistem Kondusif Sektor Awam, adalah penjenamaan semula sistem pelaksanaan Amalan 5S yang telah ditambah baikan oleh MAMPU bertujuan memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Penjenamaan semula EKSA ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

  1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
  2. meningkatkan imej korporat;
  3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
  4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
  5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Download

 

Like
Like Love Haha Wow Sad Angry








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *